Tuesday, July 10, 2007

UPSR : TEKNIK MUDAH LULUS BAHASA INGGERIS

TIPs & Tricks.

Bagi adik-adik, ada langkah mudah untuk lulus kertas Bahasa Inggeris dalam UPSR. Walau bagaimana pun, adik-adik kena belajar juga untuk melatih diri dalam teknik ini. Adik-adik kena tanya guru, bolehkah guna teknik macam ni. Mungkin guru adik-adik ada menyediakan teknik yang lebih mudah.


PAPER 1.


Adik perlu menyediakan “Highlight pen”. Untuk apa? Hah, penting betul pen ni. Lihat contoh dibawah ini.
1. Puan Aminah is my mother’s sister. She is my _____________.
Soalan ini ada 9 patah perkataan. Walaubagaimanapun, perkataan yang penting Cuma ada tiga sahaja. Adik kena belajar mengesan mana satu perkataan yang penting. Selepas itu, tandakan dengan highlight pen. Ini akan memudahkan adik untuk mengesan jawapan. Lihat cara nya.
1. Puan Aminah is my mother’s sister. She is my _____________.
2. My brother bought a new car. He parks his car in a ____________ .
Kadang kala adik juga perlu menandakan gambar sekiranya gambar tersebut menunjukkan petunjuk kepada jawapan. Contohnya :-

1. Mrs. Lim is holding a ________ .
Adik perlu menandakan benda yang ada pada tangan Mrs. Lim.

Amacam, senang kan .


PAPER 2.


Question 1.
1. Hafal ayat ini; The picture is a scene at the _____________ .
Dah 4 tahun jawapannya berada pada petak pertama. Tahun ni tak tau lagi. J
Tinggal 4 ayat lagi kan.
2. Belajar mengesan verb ( kata kerja ). Lihat contoh dibawah.
Katakanlah verb tersebut ialah “ play ”. Ikut cara dibawah.


Verb
play


Tanya soalan pada diri anda “ who “. Katakanlah ”Ali”.

who VERB
Ali plays


Jika “who” adik “singular” letak “s”. Jika Plural, Jangan tambah “P” ya !
Kalau adik dah terror, selepas verb “play”, tambah pula “what”.


who verb what

Ali plays football

Adik kena ingat, adik perlu membina compound sentence. Jadi adik kena tambah “why” pula untuk mendapatkan compound sentence.

who verb what why

Ali plays football because he loves playing it.


Jangan lupa letak noktah pada setiap ayat.
Ingat berlatih banyak-banyak ya.
Kalau ada masa lapang, saya akan sambung untuk Question 2 & 3 serta penggunaan “verb to be” yang mudah.
Sebarang pertanyaan, adik hantar ke : Tungkurian007@hotmail.com









Blog: UPSR: TEKNIK MUDAH LULUS - Get your quick ping button at autopinger.com!